Bola Sepak Terkini

Selangor FC terus raih kemenangan


Kesebelasan utama Selangor FC yang turun beraksi pada malam ini. (Foto Selangor FC)

SELANGOR FC meneruskan aksi persahabatan dengan kemenangan  selepas berjaya mengatasi Petaling Jaya City FC (PJFC), 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Gol-gol kemenangan Selangor FC dijaringkan Brendan Gan seawal minit ke 3 separuh masa pertama sebelum penyerang berbisa Ifedayo Olusegun menggandakan kelebihan pada minit ke 74 untuk kemenangan 2-0 ke atas lawan.

Sebelum ini skuad bimbingan Karsten Neitzel turut melakar kemenangan 1-0 mengatasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 20 Februari lalu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: