Bola Sepak

MFL, Genius Sports jalin kerjasama


MALAYSIAN Football League (MFL) telah menjalin kerjasama dengan Genius Sports Group (GSG atau Genius) menerusi perkongsian data siaran langsung dan integriti baharu.

Genius Sports merupakan syarikat data sukan dan teknologi yang menyediakan data secara langsung di seluruh siaran, media sosial dan aplikasi bola sepak Malaysia iaitu Shoot! di mana prapelancaran aplikasi itu bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama dengan Genius Sports.

“Sebagai rakan kongsi data dan teknologi yang dipercayai untuk liga-liga dan persekutuan di seluruh bola sepak Asia, Genius Sports akan menyediakan platform pengumpulan dan pengedaran data siaran langsung kepada MFL buat kali pertama pada musim 2021,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Perkongsian Komersial Genius Sports Asia, Mohamed Feizel berkata, pihaknya akan memberikan statistik yang terkini dan menarik kepada peminat mereka sebelum, semasa dan selepas setiap perlawanan sambil menyediakan platform untuk memperluaskan imej Liga Malaysia secara global.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: