Bola Sepak Semasa Terkini

Mampukah Selangor FC bersaing !!!


 

Manuel Konrad (tengah) merupakan pemain terakhir mengisi slot import bagi musim 2021. (Foto Selangor FC)

SEBUT sahaja Selangor tidak sah jika kita tidak berbicara mengenai kejayaan Gergasi Merah Kuning ini merangkul  gelaran Juara Piala Malaysia 33 kali.

Musim 2021 perubahan ketara dilalui Selangor yang kini bertukar status kepada Selangor FC, bukan sahaja nama bertukar tetapi corak permainan yang diterapkan juga berbeza dengan penekanan DNA Jerman kini dibawa.

Identiti bola sepak Selangor ini bakal menjadi panduan untuk semua pasukan bola sepak Selangor dari pasukan belia, Piala Presiden, pasukan ‘feeder” Selangor 2 sehinggalah ke pasukan utama.

Pengalaman dan kewibawaan dimiliki Karsten Neitzel menjadi taruhan bagi memimpin pasukan. (Foto Selangor FC)

KEJURULATIHAN YANG TERSUSUN

Mengumumkan ketua jurulatih baharu yang bakal meneruskan idealogi ini dengan memperkenalkan Karsten Neitzel, November lalu, beliau yang berpengalaman luas dalam kancah bola sepak Jerman dan pernah menggilap bakat-bakat baru bola sepak di negara tersebut dilihat sebagai watak utama untuk merealisasikan visi dan misi pasukan Selangor.

Untuk musim debutnya di Liga M, Coach Karsten akan dibantu oleh dua penolong jurulatih tempatan yang berpengalaman,  Adam Abdullah yang telah lulus Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC (PSSI) dan Nazliazmi Mohamad Nasir yang pernah membawa Selangor ke perlawanan akhir Piala FA 2018.

Dalam pada itu, jurulatih dari liga Jerman, Carsten Nuelle yang telah menyertai pasukan sejak Januari yang lalu diletakkan sebagai jurulatih penjaga gol kepada tiga penjaga gawang pasukan utama Selangor FC.

Gandingan jurulatih kecergasan tempatan, Khairul Anwar Mohd Isa dan seorang lagi warga Jerman, Soren Wrede bakal menggunakan kepakaran mereka untuk memastikan kecergasan semua pemain SFC berada pada tahap terbaik menjelang setiap perlawanan yang bakal dihadapi sepanjang musim ini.

Selain barisan jurulatih, pegawai Selangor FC dibarisi oleh Mafizul Rashid (pengurus), Nazzab Hidzan (penolong pengurus), Helber Richard (fisioterapi), Azman Ahmad (kit man), Halimee Yusof & Fadhli Zahari (masseur), Norasrudin Sulaiman (analis), Dr Vijayan Munusamy (doktor pasukan), dan Amirol Azmi (pembantu kecergasan).

Brendan Gan menjadi taruhan memimpin bahagian tengah Selangor FC. (Foto Selangor FC)

TEMPATAN DAN IMPORT SEIMBANG

Bagi barisan pemain pula, beberapa nama penting seperti Brendan Gan, Shahrel Fikri, R Dinesh dan Nik Sharif pastinya memberikan kelainan buat Selangor FC mengharungi musim 2021.

Dari segi jentera import pula, penyerang prolifik Selangor FC, Ifedayo Olusegun yang didaftarkan sebagai pemain Asia satu kelebihan buat pasukan sambil kehadiran Tim Heubach, Oliver Buff dan Manuel Konrad ketiga-tiganya dari Jerman memudahkan Neitzel merancang pasukan.

Bakal menentang PJ City FC dalam perlawanan persahabatan malam ini di Stadium MBPJ yang merupakan gelanggang tuan rumah buat Selangor FC musim ini dan bertemu Kuala Lumpur United FC, 27 Februari nanti dianggap ujian sebenar pasukan.

IMPAK PENYOKONG

Pelancaran jersi baharu yang berkonsepkan retro turut menjadi daya tarikan buat penyokong kembali memberikan sokongan buat pasukan selepas Selangor FC kerana sokongan pemain ke 12 sememangnya memberikan impak buat pasukan.

Sinergi antara barisan kejurulatihan yang hadir dari pelbagai latar belakang dan kepakaran bakal menjadikan kelab ini di landasan yang tepat untuk kembali beraksi di Asia dengan suntikan DNA bola sepak yang tersendiri.

Demi Kebanggaan!

PEMAIN TUMPUAN 
– Manuel Konrad
– Tim Heubach

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: