Bola Sepak Semasa Terkini

Derita bekas pemain Kuantan FA dan Marcerra United dalam menuntut hak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji / Mohd Izari Rosli

BERAKSI sebagai pemain bola sepak profesional tanpa bayaran gaji selama setahun bukanlah tugas mudah yang mampu dihadapi barisan pemain pasukan Kuantan FA dan Marcerra United pada tahun 2018.

Mendapat tawaran rasmi beraksi bersama pasukan sudah semestinya itu yang dinantikan semua pemain bola sepak tetapi selepas hampir empat bulan beraksi tanpa sebarang gaji sebagaimana dijanjikan menyebabkan kira-kira 47 pemain dan 12 pegawai terpaksa berdepan pelbagai masalah khususnya masalah kewangan.

Terpaksa menyembunyikan kenderaan bimbang ditarik pihak bank selain serta melakukan pelbagai kerja bagi menampung kewangan selain keretakkan rumah tangga yang berpunca dari masalah kewangan semua ini dihadapi barisan bekas pemain Kuantan FA dan Marcerra United.

Tampil mewakili rakan sepasukan dan dijadikan iktibar serta peringatan buat semua pemain bola sepak, bekas pemain Kuantan FA, Ab Ghani Rahman dan Izer Hamka Mohd Haizal (Marcerra United) berkongsi pengalaman dan kesukaran dihadapi mereka sambil mengharapkan  hak mereka sebagai pemain mendapat balasan sewajarnya.

Ikutilah temubual dengan dua pemain berkenaan bagi menyelami isi hati dan permasalahan yang mereka tanggung selama ini….

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: