Antarabangsa Terkini

Tiger Woods jalani pembedahan, terlibat kemalangan di California

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Woods terbabit kemalangan serius di California, semalam.

BINTANG golf, Tiger Woods terbabit kemalangan dalam satu kejadian di California, semalam.

Woods,45 dilaporkan mengalami kecederaan kaki yang serius selepas kemalangan berkelajuan tinggi, tetapi dalam keadaan tenang, kata pihak berkuasa.

Dia kini dirawat di Harbor-UNCLA Medical Center di Los Angeles.

Mengikut laporan Reuters, dia yang ketika itu memandu kereta sport utility vehicle (SUV) terlibat dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi (waktu tempatan).

Video yang memaparkan kejadian berhampiran komuniti pinggir bandar Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes menunjukkan SUV milik Woods dalam keadaan terbalik di sisi, dengan bahagian depannya rosak teruk dan di kelilingi serpihan.

Sementara itu, ejen beliau, Daniel Rapaport, dalam satu kenyataan berkata, Woods kini melalui pembedahan.

“Kami ucapkan terima kasih atas privasi dan sokongan anda,” katanya.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: