Antarabangsa Bola Sepak

Mourinho benci bola baru EPL

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Prestasi Kane mula menurun sejak kebelakangan ini.

JOSE Mourinho seperti biasa selalu mempunyai 1000 alasan di sebalik prestasi buruk pasukannya.

Aksi Tottenham Hotspur dikatakan merudum gara-gara menggunakan bola edisi baharu hi-tech Nike Flight Ball, berwarna putih dengan garisan biru tua.

“Ketika anda bermain teruk, sudah pasti akan kecewa.

“Saya tidak boleh mengawalnya. Mungkin akan jadi gol jika bola kuning. Peluang kami terkena tiang, kami sering sekali melepaskan crossing ke depan gawang. Anda tidak boleh kawal dengan baik.

“Saya benci bola baru itu. Warna putih dan biru gelap,” ujar Mourinho kepada Mirror.

Spurs sempat menduduki puncak liga pada minggu ke-12 dan hanya tewas sekali. Tapi, selepas itu, persembahan Tottenham menurun mendadak.

Walhal, mereka miliki sejumlah pemain hebat termasuk Harry Kane dan Son Heung-min di bahagian serangan.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: