Bola Sepak Semasa Terkini

DUA SYARIKAT GERGASI DI JANGKA UMUM PENAJAAN BUAT FAM & MFL

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ESKLUSIF Oleh MOHD FARIQ

ADA satu perkhabaran positif yang sedang menanti buat bola sepak tempatan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Ini kerana ada dua syarikat gergasi tempatan dilaporkan masih berminat untuk menaja Liga Malaysia bagi musim 2021.

Menariknya, dua syarikat gergasi ini di mana salah satu syarikat itu adalah muka baharu yang mahu menjadi penaja Liga Malaysia begitu komited untuk membantu industri sukan tempatan.

Kedua-dua syarikat itu akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat di mana bersidang di lokasi berbeza bagi membincangkan penajaan secara optimum selaras mengikut kesesuaian tahap kewangan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Bercakap kepada CAKAPSUKAN, pengerusi syarikat berkenaan yang enggan namanya di dedahkan, komitmen tinggi dan kesungguhan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin antara salah satu faktor mengapa syarikat gergasi ini masih komited untuk terus menaja Liga Malaysia.

“Melihat kerja tanpa henti Presiden FAM (Datuk Hamidin) yang begitu gigih dan memastikan MFL dan FAM berada dalam momentum ketika pandemik ini selain mengetahui sukan nombor satu negara ini adalah platform tepat menyatukan rakyat, kami masih bersemangat untuk menaja.

“Selaras tuntutan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lepas yang mahu industri bola sepak negara berkembang, kami bersedia untuk memastikan industri bolasepak terus mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.

Beliau menambah bahawa walaupun amat sukar pada masa pandemik ini di mana urusan kewangan syarikat amat terhad, mereka tetap komited meneruskan apa yang telah buat sebelum ini.

“Akan tetapi pihak FAM atau MFL juga harus memahami bahawa kenungkinan besar berlaku penurunan dari jumlah pendedahkan

“Pada masa sama, pihak FAM dan juga MFL harus memastikan segala operasi di pihak mereka berjalan sebaiknya dalam misi dan visi utama adalah untuk kebaikan bolasepak negara,” kata pengerusi syarikat ini.

Datuk Hamidin Mohd Amin

Sementara itu, satu lagi pengerusi syarikat, yang juga pemilik syarikat, yang tidak mahu namanya di dedahkan, berkata kepada CAKAPSUKAN, pihaknya juga komited untuk menaja liga tempatan biarpun menjadi muka baharu penaja dalam Liga Malaysia.

“Mungkin kami baharu dalam Liga Malaysia tetapi ia tidak menyekat kami untuk menjadi penaja.

“Kami mempunyai pengalaman tersendiri dalam penajaan lain dan saya amat faham sentimen dalam bolasepak cukup berbeza.

“Bola sepak adalah sukan sukan No. 1 di negara ini dan elemen paling penting dalam penyatuan rakyat dan melihat prestasi pasukan kebangsaan dan juga sekarang ini sudah ada satu anjakan di mana semua pasukan berstatus FC, ia memberi keyakinan yang lebih pada pihak syarikat saya untuk menjalin kerjasama dengan pihak FAM dan MFL.

“Kami tidak mahu politik atau apa jua bentuk elemen elemen negatif di mana penajaan kami mengambil kira semua aspek,” kata pengerusi ini, yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia dan industri bolasepak amnya.

Syarikat yang dikatakan bakal menjadi muka baharu Liga Malaysia ini sebenarnya telah memiliki pengalaman dalam industri bolasepak.

Pada tahun 80an dan 90an mereka pernah menjadi salah satu penaja besar semasa Liga Semi Pro tetapi di atas penama anak syarikat mereka.

“Kami akan membuat pengumuman penting mengenai tajaan ini dalam tempoh terdekat,” kata pemilik ini.

Difahamkan kedua-dua syarikat gergasi itu akan membuat pengumuman menaja MFL dan FAM dalam tempoh terdekat.

Musim lalu, Telekom Malaysia dan CIMB menjadi penaja Liga Malaysia di mana Shopee menarik diri selaku penaja disebabkan kejohanan Piala FA tidak dipertandingkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan begitu juga CIMB.

**Mohd Fariq mempunyai pengalaman penulisan bolasepak lebih 25 tahun


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: