Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

JENAMA JDT JELAJAH SELURUH DUNIA

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Oleh MOHD FARIQ

HARI ini Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan jersi terbaharu mereka bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Apa yang pasti rekaan bentuk jersi skuad Harimau Selatan itu menepati bukan sahaja citarasa penyokong sebaliknya ia cukup relevan, menarik dan kemas.

Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan jersi JDT kini menjadi bualan hangat di laman sosial.

Namun di sebalik pengenalan jersi ini sebenarnya membawa misi yang cukup penting bukan sahaja kepada JDT tetapi jenama Liga Malaysia itu sendiri.

Umum mengetahui bahawa sejarah telah tercipta selepas JDT mengumumkan kerjasama antarabangsa dengan UNICEF pada Disember tahun lalu sekaligus menjadi kelab yang pertama Asia bekerjasama dengan sebuah organisasi terkemuka dunia itu.

Wakil UNICEF di Malaysia, Dr Rasheed Mustafa Sarwar (kanan) menyampaikan baju yang memaparkan logo UNICEF kepada Tunku Ismail sebagai tanda simbolik kerjasama antara pihaknya dan JDT di Iskandar Puteri, Johor pada 17 Disember tahun lalu.

UNICEF merupakan sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Justeru, kerjasama ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa, malah ia bakal menaikkan nama Malaysia dan khususnya JDT di seluruh dunia.

Inilah kualiti pemikiran pemilik JDT merangkap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang jelas berada dalam kelas sendiri.

Ternyata, visi dan misi Tunku Ismail bukan sahaja mengangkat jenama JDT sebaliknya membantu promosi jenama Liga Malaysia di seluruh dunia.

RESPECT! SALUTE! SYABAS.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: