
Oleh : Mohd Fitrie Muhamad
BINTANG tengah Selangor FC, Brendan Gan tampil memberikan sokongan moral kepada Mehmet Durakovic yang tidak lagi bersama Perak FC.
Brendan pernah bekerjasama bersama Durakovic sepanjang berkhidmat dengan The Bos Gaurus pada 2018 dan 2019.
“Jurulatih yang hebat, pemimpin, ‘motivator’, contoh terbaik tetapi paling utama dia adalah seorang insan yang hebat.
“Terima kasih atas semua sokongan, ianya satu penghargaan untuk bermain dibawah kendalian kamu. Kita cipta banyak kenangan yang akan diingat sampai bila-bila.
“Saya yakin yang kami akan bertemu lagi di Malaysia tetapi sekarang masa untuk bersama keluarga dan berehat,” katanya menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Perak FC, pengurusan Perak FC dan Durakovic bersetuju secara bersama untuk menamatkan kontrak sebagai ketua jurulatih Perak FC atas permintaan Durakovic sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia untuk menyelesaikan urusan keluarga.
Menerusi kenyataan media itu juga menyebut Chong Yee Fatt dilantik sebagai pengganti Durakovic bagi mengharungi musim 2021.
Add Comment