
LUIS Suarez menyatakan, perkara paling mengecewakan ketika meninggalkan Barcelona apabila bekas kelabnya menuduh dirinya terlalu tua untuk tampil di level tertinggi.
Suarez meninggalkan Camp Nou dan bergabung ke Atletico Madrid pada September tahun lalu, satu perpindahan yang disebut Lionel Messi sebagai sesuatu yang “gila.”
Perpindahan tersebut terbukti terburu-buru kerana Suarez kini gemilang bersama Los Rojiblancos, dengan sudah menghasilkan 16 gol dan membawa kelabnha berada di puncak Liga Sepanyol.
“Yang sangat mengganggu saya adalah ketika mereka mengatakan saya sudah tua dan tidak boleh bermain di level tinggi.
“Itulah yang saya tidak suka. Jika saya tidak melakukan apa pun di kelab seperti Barca selama tiga atau empat musim, saya boleh memahaminya,” ujar Suarez kepada France Football.
Justeru itu, dia mengubah haluan dan memilih menyertai Atletico, pasukan yang dianggap kompetitif musim ini.
Add Comment