Bola Sepak Komentar Semasa Terkini

Semua telah Di lakukan akan tetapi satu lagi misi “luar Padang” harus di capai…

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Oleh Mohd Fariq

TITIPAN rasa bangga itu di kalangan penyokong Selangor ada menyaksikan perjalanan skuad Selangor FC kian merancak memperkasakan infrastruktur menjelang saingan Liga Malaysia musim 2021.

Selaras dengan keperluan bola sepak moden masa kini, skuad Gergasi Merah sedang mengorak langkah membina fasiliti-fasiliti yang melibatkan pusat latihan, gymnasium, pusat rawatan dan padang latihan dalam memastikan barisan pemain serta pegawai dapat memanfaatkan kemudahan di tahap yang cukup positif.

Pendek kata, penyokong-penyokong Selangor FC sendiri dapat menyaksikan ‘kemeriahan’ sedang berlaku di pusat latihan juara 33 kali Piala Malaysia yang berpangkalan di Padang Latihan Kelab SUK, Seksyen 5 Shah Alam itu.

SEJARAH PADANG SESI LATIHAN BOLA SEPAK SELANGOR

Imbas kembali perjalanan “pembukaan” pusat latihan Selangor FC yang di “buka” pada 2019, pemilik kelab merangkap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) secara peribadi berharap kemudahan yang memiliki berkeluasan 37,161 meter persegi (400,000 kaki persegi) itu dapat menyuntik semangat pemain, barisan kejurulatihan serta staf selain menjadi tonik terbaik untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Merah Kuning dalam peta bola sepak Malaysia.

Ini kerana penulis masih mengingati sesi latihan pasukan Selangor bermula di padang PKNS, Kelana Jaya, pada tahun 80an sehingga 90an.

Pasukan Selangor kemudiannya berpindah ke padang Yayasan FAS yang juga di Kelana Jaya, yang ditubuhkan khas untuk pasukan bola sepak Selangor ketika itu bermula tahun 1995.

Namun pasukan Selangor terpaksa berhijrah ke padang SUK Shah Alam pada tahun 2006 disebabkan beberapa kekangan atau faktor berlaku di Yayasan FAS.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon

SELANGOR PERLU MEMILIKI ASET KELAB

Bagaimanapun, penulis memiliki pandangan tersendiri di sebalik menyaksikan banyak perkembangan positif sedang berlaku dalam kem bola sepak Selangor FC.

Pertama, penulis mahu memberikan kredit kepada pihak pihak pengurusan tertinggi kelab itu yang sudah mula agresif untuk melakukan beberapa perubahan tertentu bagi memastikan keseimbangan berlaku dalam bola sepak Selangor FC.

Namun dalam masa yang sama, penulis ingin mengingatkan juga kepada Selangor FC bahawa sudah tiba masanya mereka mencari aset untuk kepentingan jangka masa panjang mereka sendiri.

Mungkin ramai sudah menyedari bahawa Selangor FC sekadar menjadi penyewa di Padang Latihan SUK dan pihak pengurusan kelab itu seharusnya harus mengintai jalan dengan membina pusat latihan yang dimiliki kelab itu sendiri.

Bukan apa, Selangor FC harus memiliki jalan alternatif lain jika Tengku Amir tidak lagi berada dalam pucuk kepimpinan kelab dan sudah pasti ia akan memberikan tamparan besar kepada pihak pengurusan.

Melainkan Selangor FC telah memiliki perancangan untuk membeli tanah milik kerajaan negeri itu tetapi secara peribadi penulis menganggap langkah tersebut amat mustahil kerana ia adalah padang SUK, di bawah naugan nama Kelab SUK.

Umum menyedari bahawa kelab bola sepak moden bukan berlandaskan kepada bola sepak sahaja sebaliknya ia turut selaras bertindak sebagai satu syarikat perniagaan.

Justeru, jika Tengku Amir tidak lagi menjadi pemilik Selangor FC (dengan izin patik secara peribadi mahu melihat baginda terus kekal bersama Selangor FC), sekurang-kurangnya perancangan kelab tidak akan terjejas jika terlibat secara langsung dengan fasiliti yang dimiliki kelab, bukannya menyewa di mana-mana lokasi lain.

Namun, penulis tetap mahu memuji kesungguhan kelab dalam usaha memantapkan lagi fasiliti tetapi penulis tidak mahu perbuatan Selangor FC diibaratkan seperti mencurah air di daun keladi.

Mungkin perumpamaan hampir tepat penulis dapat gambarkan bagaimanakah nasib seorang penyewa yang telah gigih mengubah suai rumah yang disewa tetapi zahirnya kemudahan itu sebenarnya menjadi pemilik rasmi, bukan kepada penyewa itu sendiri.

Itulah nasib yang penulis tidak mahu melihat berlaku kepada Selangor FC yang sepatutnya memiliki ikhtiar untuk membina sesuatu fasiliti di atas tanah yang dimiliki sepenuhnya oleh kelab.

Kata pepatah Inggeris, ‘better late than never’ yang bermaksud ‘biar lambat daripada tak buat langsung’, penulis percaya Selangor FC mampu merealisasikan perancangan itu dan tiada apa yang mustahil jika skuad Gergasi Merah memiliki perancangan utuh bagi pelan jangka masa panjang.

Padang Latihan Kelab SUK, Seksyen 5 Shah Alam kini yang merangkumi pusat latihan, gymnasium, pusat rawatan dan padang latihan memastikan barisan pemain serta pegawai dapat memanfaatkan kemudahan di tahap yang cukup positif.

HUBUNGAN BAIK KERAJAAN NEGERI DAN FAS ANTARA ANJAKAN PARADIGMA KEBANGKITAN BOLA SEPAK SELANGOR

Dalam masa yang sama, penulis juga mahu memberikan pujian kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga memainkan peranan dalam membantu perkembangan bola sepak Selangor.

Kepada pemerhati bola sepak tempatan, Amirudin bukan satu asing dalam bola sepak Selangor di mana individu ini telah bergiat aktif dalam Bolasepak Selangor sebelum menjadi Menteri Besar Selangor lagi.

Justeru, gandingan Tengku Amir dan Amirudin antara salah satu faktor yang menjadi titik kebangkitan kembali skuad Gergasi Merah.

Tidak dilupakan juga kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang sebelum ini menjawat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) juga antara madi penggerak skuad Gergasi Merah menuju ke landasan kejayaan.

Johan, dengan “humble approach” kepada sesiapa pun, menjadi nadi penting dalam urusan seharian.

Apa yang pasti, harapan penulis yang telah membuat laporan bola sepak tempatan sejak tahun 1993 dapat menyaksikan Selangor kembali bangkit dan bersaing di Liga Malaysia sebagai karakter sang juara pada musim ini.

Dalam masa yang sama, penulis juga ingin mengucapkan tahniah Selangor sempena sambutan 85 tahun penubuhan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam di mana penulis mendoakan Selangor akan terus sukses dan meneruskan legasi sebagai salah satu kelab gergasi dalam bola sepak Malaysia.

Biarpun Selangor FA kini bergelar sebagai status FC selepas penguatkuasaan pemisahan FA kepada FC berkuatkuasa pada musim 2021, penulis optimis bahawa Selangor yang menjadi status FC tepat pada 2 Oktober 2020 masih memiliki kemampuan untuk terus menjadi salah satu kelab gergasi di Liga Malaysia.

Akhir kata daripada penulis, penulis mahu memberikan pujian terhadap setiap usaha yang dilakukan oleh kelab di mana Selangor FC sedang berevolusi tetapi masih satu lagi harus di capai – MISI memiliki pusat latihan sendiri dan bukan dibawah sewaan, itulah pelengkap segalanya.

Nota @. Ikuti PART 2 (CERITA DI SEBALIK FAS PERNAH “MEMILIKI” PUSAT LATIHAN SENDIRI 26 TAHUN YANG LALU) (CERITA DI SEBALIK FAS PERNAH “MEMILIKI” PUSAT LATIHAN SENDIRI 26 TAHUN YANG LALU) .

**MOHD FARIQ MEMPUNYAI PENGALAMAN PENULIS BOLASEPAK SELANGOR LEBIH DARI 25 TAHUN


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: