Antarabangsa Bola Sepak

‘Tugas saya menangi perlawanan, bukan himpun pemain mahal’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tuchel ada misi getir hadapi Atletico awal pagi esok.

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel seakan tidak gembira dengan pertanyaan seorang wartawan ketika sesi sidang media berkaitan komposisi para pemainnya.

Pertanyaan itu terbit menjelang aksi menentang Atletico Madrid yang bertindak sebagai tuan rumah pada pusingan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Arena Nationala, Bucharest, Romania, awal pagi esok.

“Tugas saya di sini adalah memenangi pertandingan, bukan mengumpulkan pemain mahal.

“Komposisi tidak pernah menjadi masalah atau solusi. Itu selalu bergantung kepada para pemain. Komposisi boleh berbeza-beza dan dari situ kami menemui ruang yang berlainan.

“Anda boleh pastikan kami berfikir siang dan malam tentang bagaimana mencipta gol dan peluang. Kami bermain di lapangan dan statistik yang kami miliki, kami tidak banyak menghasilkan gol,” ujarnya dipetik Goal.

Sejak dilatih Tuchel, Chelsea baru mencetak lapan gol dalam enam aksi di Liga Perdana Inggeris.

Manakala, lawan yang akan dijumpai The Blues, Atletico, adalah pasukan paling sedikit bolos di La Liga dengan 16 gol.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: