Bola Sepak Semasa Terkini

Irfan Bakti impikan slot Liga Super 2022

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kalang Tie antara pemain berpengalaman yang memperkuatkan pasukan.

PENGENDALI berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim yang kini membimbing Kuching City FC yakin akan mampu melakar kejutan dalam saingan Liga Premier musim ini.

Tetap mengimpikan slot ke Liga Super pada musim depan walaupun sedar ada beberapa pasukan lain mempunyai kualiti pemain lebih baik, Irfan melihat komitmen yang ditunjukkan barisan pemain Kuching City ada kemampuan buat kejutan kepada pencabar-pencabar lain.

“Saya ada memberitahu kepada pengurusan yang saya mahu bawa pasukan ini ke Liga Super walaupun rasanya nampak sedikit sukar cuma dalam bola sepak ini tiada apa yang mustahil.

“Pemain tempatan dalam pasukan ini masih merupakan yang sama membawa Kuching naik dari Liga M3 sebelum ini dan saya cukup kagum dengan semangat yang mereka pamerkan tiap kali dalam sesi latihan.

“Pemain-pemain senior dalam pasukan ini seperti Joseph dan Hairol sentiasa menunjukkan komitmen serta contoh yang baik kepada pemain-pemain, jadi saya yakin pasukan ini mampu pergi jauh berdasarkan semangat berpasukan yang tinggi ditunjukkan oleh semua,” katanya.

Bagi musim 2021, Kuching City FC dibarisi beberapa pemain berpengalaman antaranya bekas pertahanan Kelantan United FC, Alyton Alemao, pemain pertahanan Nazrul Abdul Samad, selain dua bekas pemain UKM FC, Mohd Rafiq Shah Mohd Zaim dan Muhammad Badrul Amin Hamid yang bermain di bahagian sayap.

Kehadiran pemain berpengalaman, Joseph Kalang Tie yang pernah bekerjasama dengan Irfan pada 2009 dan 2011 di Terengganu, dijangka akan terus memacu Kuching City FC selain Hairol Mokhtar dan penjaga gol, Iqbal Suhimi.

Kuching City FC akan membuka tirai Liga Premier 2021 pada pusingan LP2 dengan menentang Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching pada 9 Mac.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: