Bola Sepak Semasa Terkini

KLUFC mudah benam Sabah FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua pasukan Sabah FC, Rawilson (kiri) cuba mengekang pergerakan pemain KLUFC, Kamal Azizi.

Oleh : Subkhi Sudarji

KUALA Lumpur United FC (KLUFC) membuktikan kehadirannya dalam pentas Liga Super kali ini perlu diberikan perhatian apabila mudah menewaskan Sabah FC, 4-1 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium KLFA Cheras, sebentar tadi.

Gandingan pemain import diterajui Dominique da Silva, Romel Morales dan Paulo Josue nyata memberikan impak yang membawa kemenangan The Hawks pada malam ini.

Sabah FC yang turun dengan beberapa pemain berpengalaman antaranya Amri Yahya, Bobby Gonzales dan Mohd Azzizan dilihat berjaya mengawal barisan tengah dan serangan namun buntu memecahkan kekebalan benteng pertahanan KLUFC.

Skuad  bimbingan Bojan Hodak mengegarkan gawang lawan pada minit ke 18 hasil tandukan Da Silva yang berpunca dari sepakan penjuru sebelum Paulo Josue menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 32.

Pemain KLUFC, Dominique Da Silva dikawal ketat dua pemain Sabah FC dalam perlawanan Pra Musim 2021 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

 

Memasuki babak kedua, KLUFC tidak menunggu lama untuk menggandakan kelebihan jaringan apabila gerakan menarik Josue dan Da Silva memastikan gol ketiga milik skuad Warga Kota hasil penyudahan sempurna Josue pada minit ke 46.

Gol ketiga tersebut nyata tidak melemahkan semangat juang Sabah FC yang akhirnya mengurangkan defisit jaringan hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke 49 untuk kedudukan 3-1.

KLUFC terus berada dihadapan apabila Morales menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 68 untuk gol keempat pasukan dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Ini merupakan perlawanan persahabatan kedua buat KLUFC dimana Sabtu lalu mereka tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan United FC di Stadium Paroi manakala Sabah FC juga aksi kedua selepas mereka sekadar seri 1-1 menentang Sarawak United FC di padang latihan PKNS FC, Ahad lalu.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: