Bola Sepak Semasa Terkini

TFCII juara sulung Shah Alam City Cup 2021

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

KELEBIHAN jaringan dimiliki Terengganu FC II (TFC II) menjulang pasukan itu selaku juara sulung Shah Alam City Cup 2021.

Tuan rumah, UiTM FC dan Sri Pahang FC melepaskan peluang untuk bergelar juara selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi terakhir si Stadium UiTM, sebentar tadi.

Skuad Tok Gajah yanh hadir sebagai ganti Perak FC terpaksa berpuas hati dengan status naib juara.

Terdahulu, Sri Pahang FC yang memasukkan kesemua pemain import dilihat lebih agresif dalam gerakan dalam kotak penalti lawan namun hanya sentuhan penyudah menafikan hasrat mereka untuk membuka jaringan.

Penjaga gol pelawat, Mohd Helmi Eliza Elias dilihat lebih banyak memerhati bola apabila setiap gerakan UiTM FC mudah dipatahkan dua pertahanan tinggi lampai, Mamadou Wague dan Herold Goulon.

Minit ke-30, UiTM berpeluang membuka jaringan sebaliknya rembatan Muhd Rafie Mat Yaacob menuju tepat ke arah Mohd Helmi Eliza.

Seterusnya, giliran penjaga gol UiTM FC, Muhamad Azfar Arif pamer ketangkasan apabila pantas menepis percubaan pemain tengah lawan, Muhamad Baqiuddin Shamsudin, minit ke-39.

Bersambung babak kedua, UiTM FC terlebih dulu menguji lawan sebaliknya percubaan jarak jauh dilakukannya pada mini ke-47 berjaya dibaca Mohd Helmi Eliza.

Sebaik memasuki minit ke-50, anak buah Thomas Dooley mula tampil lebih agresif tetapi dereta peluang terhidang terus gagal dinoktahkan dengan jaringan.

Penyerang import pelawat, Pedro Henrique harus menyalahkan diri sendiri apabila dua peluang terbaik diperolehinya dalam tempoh 10 minit gagal disudahkan dengan baik, bermula dengan tandukan minit ke-66 dan tampanan liar dilakunya pada minit ke-75.

Untuk rekod, aksi pertama menyaksikan UiTM FC terikat 1-1 dengan TFC II manakala Sri Pahang FC turut terikat 2-2 dengan lawan sama.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: