Bola Sepak Semasa Terkini

Sabah FC pertaruhkan bakat anak jati

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kesebelasan utama Sabah FC ketika aksi persahabatan menentang Sarawak United FC malam tadi.

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

JIKA diukur pada prestasi dalam saingan Liga Super musim lalu, Sabah FC nyata berada dalam kedudukan bahaya apabila hanya dipisahkan dua mata dengan zon penyingkiran.

Untuk musim ini, ada perkembangan positif dapat dilihat dalam persiapan yang dilakukan namun masih mengekalkan keutamaan anak jati sebagai nadi pasukan.

Ketika pasukan lain saling berlumba mendapatkan bintang, Sabah FC pula kekal tenang dan bersikap rendah diri.

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan, 70 peratus adalah anak jati Sabah diikuti import (19 peratus) dan pemain luar Sabah, 11 peratus.

Kurniawan Dwi Yulianto

PEMBUNUH GERGASI

Disebalik mengekalkan Kurniawan Dwi Yulianto, sebenarnya tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang kemampuan skuad Sabah FC musim ini.

Tidak bermakna kelibat Sabah FC musim ini bakal jadi ‘lubuk’ kepada pemcabar lain untuk mendapatkan mata mudah.

Walaupun pasukan kali ini sudah pun beralih daripada FA kepada FC, tetapi semangat untuk banggakan negeri kelahiran dikalangan 70 peratus anak jati Sabah mungkin akan jadi senjata sulit.

Jika ada yang memandangkan rendah, mungkin ia keputusan yang silap dan tidak mustahil igauan ngeri bakal dihadiahkan oleh Sabah buat lawan mereka.

Amri Yahyah

‘FAKTOR X’ AMRI

Keputusan pasukan untuk mengikat Amri Yahyah juga menarik untuk diperhatikan, sejauh mana impak yang bakal dibawa bekas pemain kebangsaan itu.

Walaupun sudah berusia 40 tahun musim ini, kehadiran Amri dijangka akan memberikan nilai tambah dan variasi buat jentera depan.

Jika kena dengan harinya, pemain dari Tanjong Karang, Selangor ini mampu menghadirkan magis dan kelibatnya juga diharap boleh mengetuai pemain lain.

Agak Selain Amri, Sabah FC juga turut diperkuatkan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Bobby Gonzales.

Dalam masa sama, jentera depan pasukan musim ini juga dilihat ada kelebihan apabila akan turut diperkuatkan dengan kehadiran N Thanabalan dan import muda dari Indonesia, Saddil Ramdani.

PEMAIN TUMPUAN

* Amri Yahyah (penyerang)
* N Thanabalan (penyerang)

PENCAPAIAN MUSIM LALU 

Ke 10 Liga Super 2020


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: