Bola Sepak Semasa Terkini

Mehmet tinggalkan Perak FC, Yee Fatt dilantik sebagai pengganti

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mehmet Durakovic sah meninggalkan Perak FC untuk kembali ke Australia. (Foto : OWEE AH CHUN.)

BEKAS Ketua jurulatih sementara Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt dilantik sebagai pengganti Mehmet Durakovic bagi mengendalikan Perak FC mengharungi musim 2021.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Perak FC sebentar tadi, pemilihan Yee Fatt selaku pengendali Perak FC juga dicadangkan Durakovic.

Ujar kenyataan tersebut, pengurusan Perak FC dan Mehmet Durakovic juga bersetuju secara bersama untuk menamatkan kontrak beliau sebagai ketua jurulatih Perak FC atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia untuk menyelesaikan urusan keluarga.

“Rundingan telah berjalan selama lebih satu minggu dan pengurusan menghormati pendirian Mehmet yang memilih untuk kembali ke Australia.

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar dan berat untuk kami putuskan dan pastinya ianya satu kehilangan besar kepada pasukan,” katanya.

Jelasnynya lagi, pengurusan telah mengenal pasti beberapa nama yang sesuai dan atas nasihat Mehmet, bekas ketua jurulatih sementara Kuala Lumpur Chong Yee Fatt dipilih sebagai pengganti.

“Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Mehmet dan selamat datang kepada Yee Fatt,” tegasnya.

Pada masa sama kenyataan tersebut juga memaklumkan Ahli Lembaga Pengarah Perak FC bersetuju melantik Rizal Naizal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC berkuatkuasa 10 Februari 2021.

“Rizal akan menjadi pengurus pasukan Perak FC pada musim ini dan pengurusan turut mengesahkan Perak II akan menyertai saingan Liga Premier musim ini,” katanya.

 

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: