Bola Sepak Terkini

Kongres FAM ke-57 ; Ab Ghani tidak pertahankan jawatan Naib Presiden FAM


Ab Ghani Hassan

NAIB Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan Kongres FAM ke 57 yang dijadualkan berlangsung 13 Mac nanti.

Jelasnya, keputusan ini telah diketahui oleh Exco dan ahli gabungan terlebih dahulu sebelum ini.

“Keputusan ini dibuat bagi memberikan tumpuan sepenuhnya perjalanan dan pengurusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam situasi pandemik Covid -19 ketika ini.

“Saya tidak mahu ada dua konflik dalam MFL dan juga FAM, jadi keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden atau mencalonkan diri mana-mana jawatan di Kongres FAM kali ke 57 kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap MFL.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang memberi kepercayaan selama ini. Selagi saya diperlukan untuk MFL selagi itulah saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya dengan amanah yang diberikan,” jelasnya ketika dihubungi CAKAPSUKAN sebentar tadi.

Ab Ghani dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL berkuatkuasa 1 Disember 2019 mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan Kevin Ramalingan selepas meletak jawatan pada 29 Novermber 2019.

Melihat kepada usaha digerakkan Ab Ghani bersama barisan pengurusan MFL lain khususnya dalam memastikan kelangsungan liga bola sepak tempatan di musim pandemik Covid-19 sewajarnya Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Sukan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa (FAM) serta Pengerusi Jawatankuasa F:30 ini meneruskan tugas yang semasa disandangnya ketika ini dalam MFL.

Selain Ab Ghani tiga  lagi Naib Presiden, Mohd Joehari Ayub, Dato’ S Sivasundram dan Dato’ Seri Rosmadi Ismail masih belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mempertahankan jawatan yang disandang mahupun sebaliknya.

Pada Kongres FAM Ke-57 bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM sebanyak 17 kerusi bakal menjadi rebutan  untuk penggal baharu 2021-2025.

Dalam pemilihan kali ini, 17 tempat ditawarkan iaitu seorang Presiden, dua orang Timbalan Presiden, empat orang Naib Presiden dan 10 orang Exco (termasuk dua kerusi yang diperuntukkan khas untuk wanita).

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading