Bola Sepak

KDA FC masih cari keserasian

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain import baru KDA FC, Rabih Ataya (tengah) cuba melepasi kawalan pemain lawan.

PEMAIN Kedah Darul Aman (KDA) FC masih lagi mencari rentak keserasian sebelum menghadapi sepak mula Liga Super pada 5 Mac depan.

Semalam, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu tewas 3-1 kepada Penang FC pada aksi persahabatan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

“Pada saya dalam perlawanan kedua ini, pemain masih belum dapat 100 peratus keserasian kerana kita baru berlatih empat lima hari sebelum perlawanan ini.

“Cuma, perkara positif kita dapat apabila ada pemain macam Rodney (Celvin) dan Rozaimi (Abdul Rahman) dapat bergabung pemain yang lama.

“Insya Allah, kita boleh nampak lebih baik apabila kita menghadapi persahabatan ketiga, keempat dan kelima,” katanya selepas permainan.

Sementara itu, pemain sayap lincah KDA FC, Mohd Syazwan Zainon juga senada dengan Aidil untuk lebihkan lagi perlawanan persahabatan dan akui bukan mudah mendapat rentak selepas mereka baru dibenarkan latihan bersama selepas 15 Februari lepas.

“Dengan masa yang ada sebelum 5 Mac ini, kami sebagai pemain dan barisan jurulatih akan buat sehabis baik.

“Kita akan push semaksima untuk dapat keserasian dari segi permainan, taktikal. Harap masa yang ada tinggal berbaloi buat kami,” ujarnya.

KDA FC bakal berentap dengan Johor Darul Ta’zim dalam aksi pembukaan Liga Malaysia 2021 mengulangi perlawanan Piala Sumbangsih tahun lalu.

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: