Bola Sepak Semasa Terkini

Devan akui cabaran besar


Zaquan Adha (kanan) antara pemain berpengalaman yang memperkuatkan NSFC bagi musim ini.

PENGENDALI Negeri Sembilan FC (NSFC) , K Devan mengakui harapan besar disandarkan ke atasnya dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman bagi memastikan layak ke pentas Liga Super 2022.

NSFC yang kini dibarisi bekas penyerang kebangsaan dan anak jati Seremban, Zaquan Adha Abd. Radzak selain Muhaimin Mohamad (bekas penjaga gol Felda United FC, PJ City FC), Nasrullah Hanif Johan (bekas pertahanan Terengganu FC), Ferris Danial (bekas penyerang Melaka) dan Annas Rahmat (bekas pertahanan Melaka) selain pemain-pemain import pasti akan meletakkan NSFC selaku pencabar utama trofi Liga Premier 2021.

Ujar Devan, memang berpandukan sasaran pengurusan dan jangkaan daripada peminat, sudah pasti tekanan akan tinggi ditambah kalau kita gagal mencapai sebarang kemenangan dalam tiga atau perlawanan awal.

“Bagaimanapun, saya faham situasi ini berdasarkan keadaan Negeri Sembilan pada musim lepas dan pasukan telah banyak membuat perubahan pada tahun ini, jadi saya harapkan mereka mampu menyerlah di atas padang bagi memenuhi harapan semua.

“Di dalam latihan, saya sudah dapat lihat banyak perubahan daripada segi persefahaman pemain selain kefahaman mereka dalam perubahan serta penambahbaikan taktikal yang saya terapkan,” katanya.

NSFC gagal menyerlah musim lalu apabila sekadar menduduki tempat ke-11 di pentas Liga Premier dan mereka kini meletakkan keazaman tinggi untuk kembali bangkit pada musim ini dan seterusnya memburu slot ke Liga Super pada musim 2022.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: