Olahraga Terkini

Pasukan campuran untuk Sukan SEA 2021


NORZA

 

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria dalam mesyuaratnya hari ini, memutuskan bahawa komposisi kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 akan terdiri daripada golongan muda dan atlet berpengalaman bergantung kepada keadaan setiap sukan dan Persatuan Sukan Negara.

Norza berkata, selepas Sukan SEA 2019 di Manila, pihak kerajaan dan MOM berpandangan untuk menghantar pasukan muda ke Sukan SEA seterusnya.

“Objektif utama kami adalah menyediakan atlet muda ini satu peluang dan pengalaman yang tidak ternilai untuk memulakan karier mereka.

“Rundingan dilakukan secara individu dengan Persatuan Sukan Negara dan juga Majlis Sukan Negara pada bulan September tahun lalu, untuk meneroka lebih jauh idea menghantar pasukan muda ke Sukan SEA 2021,” katanya dalam satu kenyataan media diterima Cakap Sukan.

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Pemilihan MOM, yang terdiri daripada Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Datuk Mohd Nazifuddin Ahmad Faedzal, Datuk Sieh Kok Chi dan Datuk Wira Mazlan Ahmad, disajikan dengan beberapa komposisi Pasukan Malaysia yang berbeza.

Jawatankuasa Pemilihan MOM mengambil kira kesan Covid-19 terhadap atlet, pegawai dan Persatuan Sukan Negara di mana persiapan dilakukan telah terjejas serta kejohanan tempatan dan antarabangsa dibatalkan serta ditangguhkan.

“Penangguhan SUKMA 2020 telah mematahkan semangat terutama bagi atlet yang lebih muda. SUKMA 2020 adalah salah satu platform di mana atlet muda akan dipilih untuk Sukan SEA 2021.

“Kekurangan kejohanan ini bukan sahaja sukar bagi atlet dan jurulatih, tetapi juga cabaran untuk Persatuan Sukan Negara dan MOM dari segi pemilihan atlet dan menilai kesediaan mereka dan daya saing secara nasional dan serantau,” katanya memberitahu Kriteria Kategori A dan Kategori B akan dikekalkan.

Jawatankuasa Pemilihan MOM juga akan mengadakan perjumpaan secara berasingan bersama Persatuan Sukan Negara pada 15 Mac depan untuk menentukan gabungan atlet yang tepat untuk jenis sukan masing-masing.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading