Lain-Lain Semasa Terkini

Berita gembira buat penggiat sukan esok ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal Merican

KOMUNITI sukan tanah air dijangka akan memperoleh perkhabaran gembira yang akan diumumkan esok (Jumaat).

Berdasarkan sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini, satu pengumuman berkaitan sukan akan diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

Ia pasti satu kegembiraan buat komuniti, penggiat dan juga pengusaha kemudahan sukan.

” Kementerian Belia dan Sukan, tadi mereka telah membentangkan cadangan mereka dan kita percaya kementerian KBS akan berikan penjelasan mengenai apa aktiviti yang dibuka dan apa SOP berkaitan dengan aktiviti tersebut.

“Beberapa kita sudah putuskan, cuma (sekarang) untuk mereka umumkan saja. Jadi kita tunggulah,” katanya.

Dengan jangkaan pengumuman esok yang akan membawa berita baik buat semua pihak khususnya bagi pengusaha kemudahan sukan, ia jadi satu kejayaan buat arena sukan tempatan sekali gus menggambarkan ia adalah satu industri yang wajar diberi pertimbangkan.

Secara tidak langsung, segala kerja keras dan usaha yang sudah dilaksanakan oleh Reezal Merican dalam membantu komuniti sukan di negara ini mula menampakkan hasil.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: