Bola Sepak Semasa Terkini

Hamidin jumpa PM

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERSATUAN  Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bagi berkongsi agenda terkini dalam merencanakan hala tuju industri bola sepak tempatan.
Dalam pertemuan itu yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Haji Hamidin mengambil kesempatan memberi maklumat terkini kepada Tan Sri Muhyiddin mengenai status dan jadual skuad kebangsaan serta persiapan menghadapi Liga Malaysia bermula Mac ini.
Hamidin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting dalam menentukan masa depan bola sepak negara di tengah-tengah penularan wabak COVID-19.
“Kami membentangkan dengan lebih terperinci mengenai status terkini pasukan kebangsaan serta kalendar perlawanan Harimau Malaya untuk 2021.
“Dalam pada itu, kami turut membentangkan mengenai status Liga Malaysia berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan pandemik COVID-19.
“Kami juga membincangkan inisiatif keperluan vaksin bagi memudahkan keluarga bola sepak tempatan meneruskan saingan Liga M musim ini di sebalik kebimbangan terhadap jumlah kes positif COVID-19,” kata Hamidin.
Hamidin turut menjelaskan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sentiasa membantu dalam mendukung usaha membangunkan dan kelangsungan industri bola sepak.
Sementara menunggu sepak mula Liga Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 5 Mac nanti selepas menerima kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan hasil perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kelab-kelab kini dibenarkan menjalani latihan mengikut model gelembung sukan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Turut sama mengiringi  Hamidin adalah Naib Presiden FAM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini projek pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan (NTC) di Putrajaya.
Turut dibincangkan kaedah menangani cabaran buat pengendali kemudahan sukan bola sepak dan futsal juga akademi bola sepak yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tan Sri Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Datuk Haji Hamidin selepas dilaporkan media tempatan kemenangan tanpa bertanding dalam mengekalkan kerusi selaku Presiden FAM untuk penggal 2021-2025. Kemenangan itu akan disahkan dalam Kongres FAM ke-57 pada Mac nanti.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: