Bola Sepak Terkini

Sri Pahang FC tampil dengan adunan dan kombinasi berbeza


Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

BOLEH dikatakan semuanya seakan tidak kena dengan Pahang sepanjang aksi musim lalu.

Ketika skuad Tok Gajah kehilangan beberapa nama besar seperti Mohamadou Sumareh, Faisal Abdul Halim dan Nik Sharif Haseefy, Pahang FC juga turut galak dalam aktiviti perpindahan pemain.

Ketika pasukan itu turut dipalit isu arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan tuntutan AS$1.2 juta (RM4.9 juta) oleh Sumareh, ia langsung tidak merencatkan persiapan Pahang FC.

Thomas Dooley

 

GABUNGAN 3 SERANGKAI

Sri Pahang FC sudah mengesahkan yang bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Amerika Syarikat, Thomas Dooley bakal mengetuai pasukan dan ia satu perkembangan positif untuk mengembalikan amukan Tok Gajah.

Dooley yang pernah bermain bersama Bayer Leverkusen dan Schalke 04 ketika bergelar pemain turut memilih bekas jurulatih kebangsaan Fiji, Christophe Gamel sebagai penolongnya sambil dibantu suntikan idea daripada Dollah Salleh, kini dilantik selaku pengurus pasukan.

Adunan dan kombinasi itu dijangka akan membuahkan hasil buat Sri Pahang FC untuk membina semula pasukan dan tampil sebagai antara pencabar kejuaraan.

IMPAK ‘MAT SALLEH’ MALAYSIA

Bekas kapten Terengganu FC, Lee Tuck sudah pun sah bersama Sri Pahang FC kelibat pemain yang dikatakan calon pemain warisan skuad kebangsaan itu cukup ditagih penyokong setia mereka.

Walaupun bakal mencecah usia 33 tahun pada Jun ini, pemain kelahiran Halifax, England itu langsung tidak menunjukkan penurunkan prestasi dan terbukti mampu beri kesan khususnya ketika bersama Terengganu FC.

Malah penyertaan ‘kembar’ bintang Manchester City, Sergio Aguero atau nama sebenarnya Sergio Fabian Ezequiel Aguero dijangka menambah sengat di barisan depan pasukan.

BENTENG GERGASI

Herold Goulon

Di benteng pertahanan, Sri Pahang FC mengikat bekas gandingan Herold Goulon apabila merekrut Mamadou Wague untuk mengisi slot import Asia.

Kedua-duanya pernah beraksi bersama ketika mewakili Ligue 2, Le Mans pada musim 2009 hingga 2010.

Gandingan semula kedua-dua pemain itu memiliki fizikal yang cukup baik dan pasti menghadirkan rasa gerun buat penyerang lawan.

Goulon berketinggian 1.95 meter juga terbukti berfungsi ketika situasi bola mati dan kini harapan sama pasti diletakkan kepada Wague yang memiliki ketinggian 1.91m.

PEMAIN TUMPUAN

* Lee Tuck (tengah)
* Mamadou Wague (pertahanan)

PENCAPAIAN MUSIM LALU 

Kelapan Liga Super 2020


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d