Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Bolasepak perlu diberi nafas baru dan diperkasakan; PM

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat sukan bola sepak negara perlu diberi nafas baharu dan diperkasakan semula susulan impak pandemik COVID-19 terhadap perkembangan serta aktiviti sukan nombor satu negara itu ketika ini.
Menurutnya, bola sepak tidak hanya tertumpu kepada saingan Liga Malaysia (Liga M) di bawah seliaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sebaliknya meliputi keseluruhan rantaian sukan itu di pelbagai peringkat seperti industri hiliran dan operator sukan.

“Saya juga mengambil maklum mengenai langkah diambil FAM dalam memastikan Liga M dijadual bermula Mac ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi menjamin penularan COVID-19 dapat dielakkan,” katanya menerusi hantaran pada akaun Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin di pejabatnya di bangunan Perdana Putra.
Hadir sama Naib Presiden FAM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Pada masa sama, Muhyiddin turut tertarik dengan perkongsian Hamidin mengenai agenda terkini dan hala tuju perkembangan bola sepak tempatan yang direncana FAM, antaranya saingan Liga Malaysia dan persiapan pasukan kebangsaan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Katanya lagi,  Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sentiasa berkongsi maklumat serta perkembangan terkini mengenai penganjuran Liga Malaysia dan saya yakin dengan kerjasama erat FAM, kemeriahan sukan bola sepak kembali dapat dinikmati selepas ini.
“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Hamidin kerana dipilih semula selaku Presiden FAM untuk penggal 2021-2025 dan yakin dengan pengalaman yang ada, beliau mampu memacu bola sepak negara ke tahap lebih tinggi.
“Saya harap agar FAM di bawah kepimpinan Hamidin dapat menghadiahkan berita gembira untuk rakyat dengan mengemudi skuad Harimau Malaya beraksi di pusingan akhir Kejohanan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di China,” jelasnya.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: