Antarabangsa Permotoran

Jack Miller pesaing utama MotoGP 2021


Miller diramal pencabar gelaran MotoGP 2021.

MAVERICK Vinales tanpa berselindung menyebut Jack Miller sebagai pelumba pencabar kejuaraan untuk MotoGP 2021.

Musim lalu, penunggang Yamaha ini bersama Miller mengumpulkan 132 mata.

Tetapi, oleh kerana Vinales berjaya meraih satu kemenangan, maka dia menamatkan pada kedudukan keenam, satu posisi lebih baik berbanding Miller yang prestasi terbaiknya muncul naib juara dalam tiga pusingan.

Meskipun begitu, Vinales tetap menganggapnya sebagai pencabar yang tertangguh.

“Saya rasa Miller. Dia boleh menjadi salah satu pelumba pilihan kerana tampil begitu bagus musim lalu dan sudah arif kelebihan motor Ducati,” kata Vinales ketika ditanya tentang calon pesaingnya di musim ini, seperti dilapor Crash.

Untuk rekod, musim lalu Miller meraih empat podium dari 14 pusingan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: