• Utama
  • Bola Sepak
  • EPL
  • Antarabangsa
  • Badminton
  • Permotoran
  • Hoki
  • Lain-Lain
  • Komentar
  • Paralimpik Tokyo 2020
  • Olimpik Tokyo 2020
  • EURO 2020
01/07/2026
  • Utama
  • Bola Sepak
  • EPL
  • Antarabangsa
  • Badminton
  • Permotoran
  • Hoki
  • Lain-Lain
  • Komentar
  • Paralimpik Tokyo 2020
  • Olimpik Tokyo 2020
  • EURO 2020
  • Utama
  • Bola Sepak
  • EPL
  • Antarabangsa
  • Badminton
  • Permotoran
  • Hoki
  • Lain-Lain
  • Komentar
  • Paralimpik Tokyo 2020
  • Olimpik Tokyo 2020
  • EURO 2020
Antarabangsa • Bola Sepak • Terkini

ADAKAH FAM AKAN MENGHANTAR PERMOHONAN UNTUK MENJADI TUAN RUMAH??

18/02/2021
392 Views
        

ADAKAH Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan untuk menjadi tuan rumah bagi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G  yang akan  diadakan secara karnival pada bulan Jun nanti.

Ini susulan keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) semalam yang memutuskan baki perlawanan yang dijadualkan diadakan pada Mac nanti ditunda kepada Jun.

Difahamkan ketika ini hanya Vietnam tidak bersetuju seandainya Malaysia dipilih sebagai tuan rumah berbanding negara lain dan mereka (Vietnam) lebih cenderung baki saingan diadakan di UAE.

Sebagaimana dinyatakan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John sebelum ini, tiga kriteria utama perlu disediakan pihak penganjur dalam usaha menjamin keselamatan pemain serta pegawai pasukan yang bertanding sekali gus memastikan kelancaran aksi kelayakan berkenaan.

“Kriteria pertama melibatkan sistem penerbangan yang baik termasuk dengan pesawat bagi memudahkan kedatangan pasukan bertanding kerana aksi kelayakan ini tidak boleh diadakan tanpa kemudahan ini.

“Kedua pula penganjur perlu memiliki infrastruktur kesihatan yang baik khususnya pada ketika pandemik Covid-19 ketika ini supaya segala protokol mengenai (Covid-19) dapat dilaksanakan dan ketiga, tuan rumah perlu berikan jaminan bahawa pemain dan pegawai tak perlu jalani kuarantin kerana kesemua mereka akan melalui proses ketat iaitu hanya tinggal di hotel, ke padang latihan dan ke venue perlawanan,” ujarnya.

Mengikut jadual asal, Malaysia akan menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac dan Thailand 15 Jun 2021 di Bangkok, namun timbul cadangan perubahan jadual kelayakan itu dengan beberapa pasukan bersetuju jika ia dijalankan secara karnival pada Jun.

Dalam carta kumpulan G, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sedang menghuni tangga kedua dengan kutipan 9 mata, dua mata dibelakang pendahulu iaitu Vietnam dan satu mata dihadapan pasukan tempat ketiga iaitu Thailand.


        
TagsSemasa

You may also like

Jualan tiket FURY Championship laku keras !!!!

1 week ago

Pravinash Bersinar pacu kemenangan MISC Touchtronics Tewaskan Selangor FC 2-1

1 week ago

FAM tamatkan kontrak Rob Friend dan Peter Cklamovski !!!

2 weeks ago

Qabil Irfan bangkit raih mata berharga di Litar Estoril

2 weeks ago

Add Comment

Click here to post a comment

Cancel reply

Jack Miller pesaing utama MotoGP 2021
Trofi Shah Alam City Cup aksi pemanas badan buat UiTM FC

Pautan

  • Asian Football Confederation
  • Badminton Association of Malaysia
  • Football Association of Malaysia
  • Malaysian Hockey Confederation
  • Ministry of Youth and Sports
  • National Athletes Welfare Foundation
  • National Sports Council of Malaysia
  • Olympic Council of Malaysia
Copyright © 2026. Created by CakapSukan.