Lain-Lain Terkini

Usaha berterusan


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) telah membuat penelitian dan akan mencadangkan agar lebih banyak aktiviti sukan khususnya yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN yang akan diadakan esok.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pertimbangan ini melibatkan hampir 151 jenis sukan lagi merangkumi acara indoor, outdoor mahupun sukan dalam air.
“Hari ini seperti biasa, saya mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet KBS yang melihat hala tuju Kementerian secara keseluruhannya dan antara agenda penting yang dibincangkan pastinya tertumpu ke arah sektor sukan dan rekreasi lantaran pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pertahanan semalam berkenaan arahan pelaksanaan PKPB dan PKPP di beberapa buah negeri bermula 19 Feb 2021.
“Pengumuman tersebut secara tidak langsung akan membolehkan penggiat sukan dan operator-operator fasiliti sukan dibenarkan untuk kembali beroperasi. Ia juga bermakna akan ada lebih banyak kelonggaran termasuklah penganjuran kejohanan dan aktiviti sukan yang boleh merancakkan lagi industri sukan.
“KBS juga memahami bahawa PKP yang masih berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ketika ini hanya membenarkan 10 jenis sukan dijalankan secara terhad dan dalam kawalan seperti mana diumumkan pada minggu lalu.
“Sehubungan itu, pasukan KBS telah pun membuat penelitian dan akan mencadangkan agar lebih banyak aktiviti sukan khususnya yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN yang akan diadakan esok.
“Pertimbangan melibatkan hampir 151 jenis sukan lagi merangkumi acara indoor, outdoor mahupun sukan dalam air,” ujarnya dipetik pada laman Facebook miliknya sebentar tadi.
Pada masa sama, Reezal Merican berkata, KBS akan terus berusaha meyakinkan Kerajaan untuk membuka lebih banyak sektor sukan secara selamat dan berfasa dalam pelaksanaan PKP.
“Usaha memerangi pandemik COVID-19 perlu diteruskan dan kita sama-sama harus memainkan peranan dalam komuniti sukan untuk mengimbangi di antara kesejahteraan hidup dengan kelangsungan ekonomi,” tegasnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: