Bola Sepak Semasa Terkini

KDA FC pencabar kejuaraan


Oleh : Subkhi Sudarji

BUKAN persiapan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menjadi perhatian tetapi tumpuan lebih terarah kepada syarikat mana yang akan mengambil alih pengurusan pasukan.

Topik inilah yang hangat dibicarakan peminat tempatan khususnya Lang Merah yang sehingga kini masih belum menampakkan kata putus dicapai.

Berbicara mengenai KDA FC musim 2021, kemasukan bekas pemain import Uitm FC, Rabih Ataya dari Lubnan dan  pemain tengah skuad kebangsaan Singapura, Anumanthan Mohan Kumar dianggap satu keputusan tepat dan bijak berdasarkan prestasi dimiliki kedua pemain ini.

Berjaya mengekalkan khidmat ketua jurulatihnya pasukan, Aidil Sharin Sahak dan tiga pemain import musim lepas iaitu Kipre Tchetche, Kpah Sherman, Renan Alves pastinya persefahaman yang dimiliki trio import ini menjadi taruhan merobek gawang pasukan lawan dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC tahun ini.

Anumathan akan beraksi di posisi tengah menggantikan tempat pemain dari Filipina, Amin Nazari. Berusia 26 tahun ,bekas pemain Hougang United (Singapura) ini telah menandatangani kontrak bersama KDA FC selama setahun juga merupakan pemain keempat dari Singapura beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2021 selepas Safuwan Baharuddin (Selangor), Shakir Hamzah (Perak) dan Harris Harun (JDT).

KAPTEN BERPENGALAMAN 

Tetap mempertaruhkan pemain tempatan berpengalaman Baddrol Bakhtiar selaku ketua pasukan untuk membimbing rakan sepasukan yang lain, Lang Merah boleh dianggap pasukan yang serba lengkap disemua posisi dan mampu memberikan saingan kepada pasukan lain seandainya kecederaan tidak membelenggu pasukan.

Kembalinya Syazwan Zainol dan kehadiran Rozaimi Abdul Rahman serta bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamed yang kini menjadi jurulatih penjaga gol pastinya menambahkan impak buat pasukan.

Menjadi antara pesaing penyandang juara , Johor Darul Ta’zim musim lalu, watak sama terus dipegang KDA FC bagi musim ini malah tidak keterlaluan seandainya mereka berjaya mengekalkan konsisten dalam setiap perlawanan gelaran Liga Super 2021 mampu digapai.

PEMAIN TUMPUAN

  •  Rabih Ataya  (Tengah)
  • Anumanthan (Pertahanan)

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: