Bola Sepak Terkini

Logo Perak FC mana satu jadi pilihan ?


Peminat Perak boleh memilih di laman web http://www.perakfc.com.my.

PEMINAT Perak FC kini boleh memilih sendiri logo yang dirasakan sesuai untuk pasukan mereka, menerusi undian dalam talian yang bermula sejak semalam.

10 reka bentuk logo baharu Perak FC telah disenarai pendek bagi dipilih.

Pada 9 September lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilaporkan menitahkan agar pertandingan mencipta logo baharu Perak FC dibuat dan penyertaannya dibuka kepada seluruh rakyat jelata.

Baginda menitahkan perkara berkenaan berikutan logo yang dilancarkan Perak FC menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’ pada 30 Januari lepas itu mendapat kritikan dan reaksi negatif daripada para penyokong The Bos Gaurus.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: