Bola Sepak Semasa Terkini

11 pasukan hantar permohonan lesen AFC 2022.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanyak 11 kelab Liga Super dan Liga Premier telah menghantar pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan 18 pasukan telah menghantar pengesahan permohonan untuk Lesen Kebangsaan bagi musim 2022.

Perkara itu disahkan oleh Unit Pelesenan Kelab MFL yang menyatakan bahawa 11 kelab berkenaan melibatkan 10 pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United FC, PJ City FC, Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Selangor FC, Penang FC, Terengganu FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur United FC sementara Sarawak United FC menjadi wakil tunggal Liga Premier yang telah menghantar pengesahan permohonan Lesen AFC bagi musim 2022.

Bagaimanapun kesemua pasukan Liga Malaysia termasuk 11 kelab itu juga telah memohon Lesen Kebangsaan (Liga Super dan Liga Premier) bagi musim 2022 di mana tarikh pengesahan permohonan Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan (Liga Super dan Liga Premier) telah ditutup pada 9 Februari 2021.

Sistem Pentabiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) dibuka bermula hari ini (17 Februari 2021) di mana setiap kelab diminta mengemukakan dokumen bermula Kriteria Personel & Pentadbiran (31 Mac 2021), Kriteria Undang-Undang (15 April 2021), Kriteria Sukan (31 Mei 2021), Kriteria Infrastruktur (15 Jun 2021), Kriteria Perniagaan (30 Jun 2021) dan Kriteria Kewangan pada 30 Julai 2021.

Menurut Unit Pelesenan Kelab MFL, pengumuman kelab-kelab yang telah memohon Lesen AFC bagi musim 2022 adalah pemakluman awam kepada semua pihak.

“Unit Pelesenan Kelab MFL memberikan informasi ini kepada awam untuk memastikan sebahagian pihak memahami berhubung perkembangan terkini berkaitan permohonan lesen bagi musim 2022 dalam pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC (ACC) serta Lesen Kebangsaan yang melibatkan Liga Super dan Liga Premier,” katanya.

Sebagai rekod, Unit Pelesenan Kelab MFL telah mengadakan sesi taklimat bersama kelab-kelab Liga Malaysia pada 20 dan 21 Januari 2021 seterus sesi pengenalan First Instance Body (FIB) pada 2 Februari 2021 disusuli tiga hari kemudian Appeals Body (AB) dan Club Professionalization Task Force (CPTF) pada 6 Februari 2021.

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: