KETUA Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel tidak dapat menyembunyikan perasaan bercampur baurnya mengenai tempoh latihan pasukan yang singkat namun tetap positif dan cuba sedaya upaya memperhalusi strateginya untuk memanfaatkan setiap sesi latihan sebaik mungkin.
Jelasnya, semua peminat bola sepak gembira bahawa sukan ini akan kembali tidak lama lagi dan ini juga berita yang dinantikan oleh semua pegawai dan pemain Selangor FC.
“Namun, dengan tempoh kurang dari tiga minggu untuk persiapan, setiap jurulatih perlu merancang setiap sesi latihan dengan cermat dan teliti, supaya para pemain akan mendapatkan hasil yang maksima.
“Pada masa yang sama, kita perlu memastikan bahawa mereka (pemain) tidak mendapat sebarang kecederaan sebelum liga bermula,” tambahnya.
“Selebihnya, saya dan kesemua jurulatih Selangor FC akan melakukan yang terdaya untuk mengembalikan kecergasan perlawanan pemain Red Giants secepat mungkin kerana kami mahukan kejayaan, kerana ini adalah matlamat kami untuk musim yang akan datang,” ujarnya dipetik menerusi lama rasmi pasukan, Selangorfc.com.
Untuk rekod, Selangor FC telah merancang tiga perlawanan persahabatan sebelum perlawanan liga pertama mereka untuk mengukur kesefahaman antara pemain kesesuaian dengan corak permainan selain memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik, baik dari segi fizikal dan mental.
Add Comment