
USAHA berterusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari gandingan beregu campuran yang mantap bakal menyaksikan pemain-pemain dalam kem nasional ‘dikerah’ beraksi lebih daripada satu acara selepas ini.
Pendekatan ini menjadi pilihan sebagai persiapan untuk Sukan Olimpik 2024 apa lagi ketika BAM kini tanpa beregu campuran senior.
Ini bagi memastikan semua pilihan yang ada tidak terlepas daripada pandangan barisan kejurulatihan, dalam usaha mengesan gandingan terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggallkan dua beregu campuran senior.
Difahamkan ketika ini, pendekatan itu hanya membabitkan pemain-pemain beregu sedia ada kecuali gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik , antara pemain yang menjadi sandaran mendapatkan pingat di Sukan Olimpik Tokyo.
Namun adakah pemain sedia ada mampu bermain dalam dua acara ketika tahap kecergasan apabila beraksi dalam satu kategori masing-masing masih diragui.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh turut mengakui situasi tersebut tetapi menegaskan pemain harus bangkit dengan cabaran itu demi kebaikan mereka sendiri.
“Pemain tidak ada pilihan selain meningkatkan kecergasan sedia ada…untuk menjadi yang terbaik mereka perlu bersedia daripada semua segi,.
“Ini bererti KPI (IPetunjuk Prestasi Utama) mereka juga akan dinaikkan, ” katanya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Situasi pemain beraksi dalam dua acara bukan asing walaupun sudah jarang dipraktikkan oleh BAM sejak awal 90-an. Sebelum ini, pakar beregu negara, Datuk Razif Sidek pernah beraksi dalam acara beregu lelaki dan perseorangan di pentas antarabangsa.
Di peringkat dunia, pakar beregu Korea Selatan, Park Joo-bong yang kini ketua ketua jurulatih Jepun, pernah beraksi dalam tiga acara iaitu perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran, dengan beliau menjuarai kedua-dua acara itu di kejohanan Piala Dunia (ed: correct World Cup) 1989 di Guangzhou.
Malah dalam tiga kejohanan antarabangsa bulan lalu di Bangkok, Seo Seung-Jae dari Korea Selatan turut beraksi dalam dua acara iaitu beregu lelaki bersama Choi Sol-gyu dan Chae Yu-jung dalam beregu campuran.
Apa yang dibimbangkan ketika ini ialah jika pemain menggagalkan usahan BAM ini dengan ‘memberikan laluan ’ kepada lawan bagi acara tertentu andai melihat undian kategori lain yang ditangkap lebih mudah untuknya.
BAM kini tiada pilihan selain mengerahkan pasukan sokongan Institut Sukan Negara diketuai Dr Tim Jones untuk meningkatkan kecergasan pemain yang agak terjejas berikutan ketiadaan kejohanan akibat pandemik Covid 19.
BAM ketiadaan beregu campuran senior apabila gandingan sedia ada Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Lai Pei Jing digugurkan baru-baru ini.
Gandingan Pei Jing, Tan Kian Meng kemudian memilih menarik diri daripada skuad kebangsaan untuk meneruskan gandingannya bersama rakannya itu dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo nanti.
Ini menjadikan ketiga-tiga beregu campuran terbaik negara termasuk Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kini beraksi sebagai pemain bebas, sekali gus BAM tanpa gandingan berwibawa dalam skuadnya.
Add Comment