Bola Sepak Semasa Terkini

Stadium Sultan Ibrahim dicalonkan sebagai ‘Stadium Of The Year’.


 

BUKAN sahaja prestasi pasukan dicemburi pasukan lain dengan gelaran kejuaraan Liga Super tujuh kali berturut-turut kini Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah apabila  Stadium Sultan Ibrahim yang turut tercalon sebagai ‘Stadium Of The Year’.

Tersenarai sebagai calon StadiumDB.com yang berpengkalan di Poland itu, ia  bukan sesuatu yang mudah dan Stadium Sultan Ibrahim ada venue pertama di negara ini yang tersenarai di laman web berkenaan.

Menerusi kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers orang ramai boleh mengundi stadium yang berpengkalan di selatan tanah air itu menerusi http://stadiumdb.com/competitions/stadium_of_the_year_2020.

Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa.

Untuk rekod Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari tahun lalu sekali gus menjadi venue rasmi kepada pasukan JDT. Dibina dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium ini akan menjadi home buat Harimau Selatan, menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Mampu memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar ini juga sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: