Antarabangsa Bola Sepak

Inter rampas puncak terkini Serie A


Lukaku meraikan gol bersama rakan sepasukan.

INTER Milan berjaya merampas posisi AC Milan di puncak Serie A sekaligus menjauhkan dari dikejar Roma dan Juventus selepas meraih kemenangan penting 3-1 ke atas Lazio di Giuseppe Meazza, awal pagi tadi.

Romelu Lukaku menjadi bintang kemenangan Nerazzurri dengan meledak dua gol dan satu umpanan kepada Lautaro Martinez.

Sementara gol saguhati pasukan pelawat dihasilkan oleh Gonzalo Escalante.

Keputusan ini membuatkan Inter unggul satu mata berbanding Milan di tangga teratas.

Sementara Lazio masih kekal di tangga ketujuh dengan kutipan 40 mata sekaligus menamatkan rentetan enam kemenangan berturut-turut di liga.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading