Antarabangsa Bola Sepak

Hatrik Aubameyang benam Leeds United


Aubameyang cipta hatrik pada aksi di Emirates.

ARSENAL kembali ke landasan kemenangan setelah menumbangkan Leeds United 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, pagi tadi.

Pierre-Emerick Aubameyang menjadi wira kemenangan The Gunners dengan mencipta hatrik ke gawang Illan Meslier termasuk satu gol Hector Bellerin.

Sementara pasukan pelawat hanya mampu membalas dua gol melalui Pascal Struijk dan Helder Costa.

Kemenangan ini meletakkan The Gunners naik ke tangga ke-10, mengatasi Leeds yang kini dibezakan dua mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: