Antarabangsa Permotoran

Pembedahan rahang atas Alonso berjaya


Alonso selesai jalani pembedahan dan dijangka kembali ke pasukan Alpine F1 Team.

 

FERNANDO Alonso sudah menjalani pembedahan untuk memperbaiki fraktur yang dialaminya dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Pelumba Formula 1 itu diharapkan dapat segera cergas sebelum pertandingan sebenar bermula.

Laporan terdahulu menyebut bahawa rahang dan wajah Alonso mengalami kecederaan ketika insiden berlaku.

“Perkembangan kemalangan yang dialaminya ketika berbasikal, Fernando Alonso terus berada dalam pengawasan di hospital di Swiss. Pasukan medik menemui fraktur di rahang atasnya dan operasi untuk membetulkannya berjalan lancar.

“Setelah berehat selama beberapa hari, dia diharapkan sudah boleh kembali latihannya secara progresif. Kami berharap dia akan kembali cergas untuk membiat persiapan pada musim ini,” kata kenyataan rasmi Alpine F1 Team.

Sementara itu, Alonso juga sudah memberi maklum balas perkembangan terkininya di laman media sosial.

“Terima kasih untuk semua doanya. Saya dalam keadaan baik dan bersiap menghadapi musim 2021. Let’s go!” ciapan Alonso di Twitter.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading