Bola Sepak Komentar Semasa Terkini

ISTILAH ‘GIVE UP’ TIDAK ADA DALAM KAMUS REEZAL MERICAN

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal Merican

Oleh MOHD FARIQ

MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan orang ramai cukup gembira untuk menyambut kembali aksi Liga Malaysia yang akan berlangsung pada 5 Mac depan sebaik sektor sukan kembali dibuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkhabaran itu jelas memberikan kelegaan bukan sahaja kepada penyokong-penyokong tetapi Malaysian Football League (MFL) di mana penganjur Liga Malaysia itu yang terdesak untuk menyelamatkan industri bola sepak negara.

Pertama penulis ingin mengucapkan tahniah kepada semua terlibat terutama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menjadi individu bertungkus lumus untuk memastikan industri sukan kembali dibuka dalam tempoh pandemik Covid-19.

Selaras dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, Reezal Merican berharap kesemua individu terlibat dengan sektor sukan yang diberikan kebenaran untuk bermain akan sentiasa kekal berdisiplin.

Namun kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikuli.

Ini keran secara peribadi, penulis mengetahui kerja keras Reezal Merican baik dalam dan luar tabir.

Masakan tidak, Reezal Merican cukup konsisten menghubungi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam memastikan penjagaan SOP dalam tempoh sensiviti PKP ini.

Mandi tak basah, tidur tak lena. Mungkin itu perumpamaan terbaik untuk simpulkan betapa serius Reezal Merican memikirkan nasib-nasib sektor sukan yang melibatkan semua pihak termasuk perusahaan padang komersial, futsal, gymanasium dan sebagainya.

Reezal Merican sedar bahawa rakyat sedang bergelut mencari mata pencarian dalam sukar pandemik Covid-19 ini dan beliau tidak sanggup kelompok yang berada di dalam sektor sukan terus dihimpit kesusahan.

Berbeza dengan ahli politik yang lain, Reezal Merican antara salah seorang yang selalu berinteraksi dengan rakyat di laman sosial dengan berkongsi mengenai situasi yang berlaku sektor sukan dalam pandemik Covid-19.

Ini kerana Reezal Merican selalu membawa suara-suara rakyat kepada Majlis Keselamatan Negara dan tidak hairan mengapa beliau sentiasa dihormati atau digemari penyokong-penyokong sukan di atas setiap sumbangannya terhadap industri sukan tanah air.

Semalam, penulis difahamkan Reezal Merican membuat kenyataan bahawa mana-mana individu terlibat dengan Liga Malaysia 2021 yang didapati melanggar protokol gelembung sukan akan diisolasikan.

Umum mengetahui bahawa Liga Malaysia dibenarkan berjalan melalui dua mekanisme SOP ketat iaitu Home dan Camp Quarantine.

Namun penulis ingin menekankan bahawa di sinilah pemain dan pegawai Liga Malaysia memainkan peranan penting dalam perjuangan Reezal Merican yang telah berkerja kuat untuk menghidupkan kembali sektor sukan khususnya bola sepak.

Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa Covid-19 telah ‘bersama’ dalam kehidupan seharian kita dan kita harus menempuhi dengan norma baharu.

Namun ia bukan alasan buat kita di mana penulis percaya kita semua masih memiliki keupayaan untuk menghapuskan rantaian pandemik Covid-19 jika kita semua kekal berdisiplin dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ini kerana jika kita melanggar SOP yang memberikan kesan kepada sektor sukan, sudah pasti kita akan mengecewakan perjuangan Reezal Merican yang telah berhempas pulas untuk memastikan kesejahteraan industri sukan-sukan dalam tempoh PKP.

Apa yang kita boleh lakukan adalah ‘kita jaga kita’ dan inilah yang mustahak bagi memastikan keseimbangan serta keharmonian sektor sukan kembali terpelihara.

Harus diingat jika ada seorang individu yang mengingkari SOP, ia bukan sahaja memberikan kesan kepada Liga Malaysia tetapi ia juga merosakkan perjuangan Reezal Merican selama ini.

Akhir kata daripada penulis, ‘kita jaga kita’ harus dijadikan inspirasi dalam memastikan kesucian sektor sukan terpelihara daripada wabak Covid-19.

Demi lencana di dada.

**Mohd Fariq mempunyai pengalaman sebagai penulis bola sepak lebih 25 tahun


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: