Bola Sepak Semasa Terkini

Wague sertai Sri Pahang FC


Mamadou Wague
PEMAIN import kelahiran Perancis, Mamadou Wague sah menyertai Sri Pahang FC mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.
Wague yang memiliki ketinggian 1.91 meter akan bergandingan dengan Herold Goulon yang juga bekas rakan sepasukan ketika beraksi di Liga Perancis bersama Le Mans.
Perkhabaran gembira ini dikongsikan melalui laman facebook Sri Pahang FC.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Wague yang memiliki kerakyatan Lubnan dan akan didaftarkan sebagai pemain import kuota Asia.
Setakat ini Sri Pahang FC sudah mempunyai 4 pemain import iaitu Mamadou Wague, Herold Goulon, Sergio Aguero dan Lee Tuck.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: