Antarabangsa Bola Sepak

Pirlo boleh ‘pecat’ Gattuso


Nasib Gattuso bersama Napoli (kanan) ‘ditentukan’ oleh Pirlo awal pagi esok.

NASIB Gennaro Gattuso di Napoli berada di hujung tanduk. Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, boleh mengakibatkan sahabat baiknya dipecat !

Prestasi Napoli saat ini sedang berdepan penurunan. Dalam tujuh perlawanan terakhirnya, Partenopei sekadar meraih dua kemenangan, satu seri, dan empat kekalahan.

Lebih buruk lagi, Napoli baru-baru ini kandas di separuh akhir Piala Itali. Sebelum itu, mereka tewas kepada Juventus pada perlawanan akhir Piala Super Itali.

Khabar angin Napoli bakal memecat Gattuso tidak dapat dielakkan. Nasib pengurus berusia 43 tahun itu akan ditentukan dari keputusan melawan Juventus, awal pagi esok.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: