Bola Sepak Semasa Terkini

Masih ada misi belum selesai -Eky-


Shahrel Fikri Md Fauzi

Fitrie Muhamad

HAMPIR dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Super musim lalu jadi azimat buat penyerang baru Selangor FC, Shahrel Fikri Md Fauzi untuk menghadapi kempen 2021.

Jika tidak kerana dipotong saat akhir oleh rakan sepasukannya sekarang, Ifedayo Omosuyi (12 gol), Shahrel yang mewakili Perak musim lalu sudah pasti mengakhiri musim penuh liku dengan penuh senyuman.

Bagaimanapun, kejayaan meledak 10 gol dalam 11 perlawanan boleh dilihat sebagai aksi luar biasa dan walaupun gagal membolot kasut emas Liga Super, ianya terubat apabila dinobat sebagai Penyerang Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20).

Pencapaian itu sekali gus membuka mata pihak betapa pemain tempatan juga mampu sebaris dengan penyerang import yang sebelum ini mungkin dilabel sebagai mesin gol.

Sedar tugasan getir menantinya bersama Red Giants, Shahrel yang mesra disapa Eky sedar yang dia kini masih ada misi yang belum terlaksana.

Malah Eky berkata kepada CAKAPSUKAN, dia tidak menafikan kelibatnya kini sudah pasti menjadi perhatian namun segala tekanan yang mungkin dihadapi perlu dilihat daripada sudut positif.

“Ya mungkin orang letak harapan kepada saya dengan pasukan baru. Jadi saya kena bekerja lebih keras lagi.

“Ianya (tekanan) perkara biasa yang pemain perlu hadap. Tetapi bagi bagi saya, setiap kali turun ke padang, saya tidak terlalu fikirkan soal tekanan kerana perlu fokus kepada prestasi,” katanya.

Dalam masa sama, Eky tidak mahu terlalu dibuai mimpi dan tanggungjawabnya kini harus jadi keutamaan terutamanya untuk cuba memikat jurulatih, Karsten Nitzel.

“Semuanya berjalan dengan baik walaupun dalam situasi PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan). Ia pasti satu cabaran buat saya bersama pasukan baru dan saya perlu segera tingkatkan prestasi untuk bantu pasukan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: