Antarabangsa Bola Sepak

Ledakan Pessina pimpin Atalanta ke final


Riak kepuasan wajah Pessina selepas menjaringkan gol untuk Atalanta.

 

DUA gol disumbat oleh Matteo Pessina membantu Atalanta ke pentas akhir Piala Itali, dengan menyingkirkan Napoli 3-1 secara agregat, awal pagi ini.

Atalanta memastikan final kedua dalam tiga musim dan kini akan berdepan Juventus untuk perhitungan juara.

Dalam saingan separuh akhir satu lagi yang berlangsung semalam, Juve menyingkirkan Inter Milan.

Perlawanan akhir bakal diadakan di Rom pada 19 Mei di Rom.

Sebelum itu, kelab Itali ini akan bertemu gergasi Sepanyol, Barcelona dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 24 Februari.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: