Antarabangsa Basikal Terkini

“Never give up, Never surrender,”


INSIDEN berdepan detik cemas terlibat kemalangan tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter yang menembusi betis masih segar di ingatan Azizulhasni Awang.

Jaguh berbasikal negara itu bercerita pengalaman dialaminya menerusi ciapan Twitter peribadinya sebentar tadi.

“Pelbagai tekanan yang saya tempuhi ketika itu. Emosi, fizikal dan tekanan dari pelbagai sudut untuk kembali ke puncak prestasi. Pilihan paling mudah waktu itu adalah untuk gantung basikal dan mencari arah baru.

“Tetapi saya tidak menjadikannya sebagai suatu pilihan buat diri saya. Saya percaya, setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu hadir dengan sebuah kemanisan. Dan semua itu adalah untuk hambaNya yang hebat,” katanya di Twitter.

Beliau melemparkan persoalan berkaitan setiap manusia yang ada pada hari ini adalah hebat.

“Cumanya, tingkatan hebat itu berbeza-beza, bergantung kepada betapa besar ujian yang kita sanggup harungi.

“Puan-puan, tuan-tuan, adik-adik, kakak-kakak serta abang-abang. Saya harap kalian semua tidak mudah berputus asa dengan kehidupan serta apa jua pekerjaan anda sekalian. Anda berhak merasai kemanisan yang telah di tetapkan untuk anda semua. Pokoknya, sanggup atau tidak kita untuk mengharungi kepayahan itu.

“Never give up, Never surrender,” tulisnya lagi.

Mengimbau kembali kejadian itu, ia berlaku tiga hari menjelang perasmian Sukan Olimpik 2012 London.

Azizulhasni, antara prospek pingat pada Sukan Olimpik tersebut melalui detik cemas mengalami kemalangan yang hampir serupa ketika kaki kirinya tertusuk serpihan trek di Manchester, Februari 2011.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading