Antarabangsa Lain-Lain

Khabib pilih Dustin Poirier juara baru UFC 


Dustin Poirier

 

KHABIB Nurmagomedov tanpa berselindung memilih Dustin Poirier sebagai calon juara kelas ringan UFC selepas ini.

Setelah Khabib bersara, pihak UFC belum lagi memutuskan pertarungan tali pinggang untuk kelas ringan. Namun begitu, ada dua pertarungan membabitkan UFC 257 di Fight Island, Abu Dhabi bulan lalu.

Ia melibatkan Dustin Poirier menentang Conor McGregor manakala Dan Hooker berdepan Michael Chandler.

“Pada saya, Dustin Poirier layak menjadi juara selepas ini.

“Lihatlah lawan yang sudah dikalahkannya, seperti Jim Miller, Eddie Alvarez, Anthony Pettis, dan lain-lain,” kata Khabib dipetik ESPN.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: