Komuniti Sepak Takraw Terkini

TANGGUNGJAWAB BERSAMA DALAM MEMUDAHKAN URUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN


Izahar (depan, kiri) menyerahkan Tab kepada Shafa’aton (kanan) sambil disaksikan Zainudin (tengah,belakang), Mohd Raabuan (kanan,belakang) dan Mohamad Niza Fakarudin (kiri, belakang).

CAKAPSUKAN meneruskan  Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan yang lebih memerlukan dengan menyerahkan 30 Tablet kepada Kelab Kebajikan Polis Daerah Sungai Buloh bagi kegunaan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Penyerahan Tablet ini diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif CakapSukan, Izahar Atan kepada Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam majlis ringkas di perkarangan IPD Sungai Buloh, semalam.

Sementara itu, Shafa’aton mengucapkan penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan diberikan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

“Media turut memainkan peranan penting dalam membantu golongan yang terkesan. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, DSP Zainudin Abdul Hamid,  Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Sungai Buloh, ASP Mohd Raabuan Mohd Ain dan Ketua Balai Polis Sungai Buloh, ASP Mohamad Niza Fakarudin Abdul Wahab.

Sebelum ini CakapSukan juga turut menjayakan program CSR melalui penyerahan pek makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: