Bola Sepak Gaya Hidup Hoki Semasa Sepak Takraw

Langkah awal sektor sukan dan rekreasi bernafas semula dalam persekitaran PKP

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEPUTUSAN kerajaan membenarkan program latihan berpusat dilaksanakan bagi pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak (Liga M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) dalam tempoh PKP berkuatkuasa Isnin ini merupakan langkah awal sektor sukan dan rekreasi dapat bernafas semula dalam persekitaran PKP ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia juga membolehkan ekosistem industri sukan yang terlibat termasuklah melibatkan kandungan siaran, penajaan serta pemasaran dapat diaktifkan semula.
“Alhamdulillah, YB Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan fasa pertama kelonggaran sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh PKP bagi membenarkan Program Latihan Berpusat pasukan-pasukan dalam MFL, MHL dan STL dijalankan mulai 15 Februari 2021.
“Keputusan ini dicapai setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal MKN.
Kebenaran ini juga memerlukan tempat latihan dan pergerakan atlet/pemain yang terkawal mengikut model gelembung sukan (sports bubble).
“Penginapan atlet/pemain juga perlu mengikut SOP “Camp-Quarantine” dan “Home-Quarantine” yang telah ditetapkan,”  katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.
Pada masa sama Reezal Merican masih berharap pertimbangan seterusnya dapat diberikan seperti mana permohonan dan cadangan
KBS Malaysia bagi membolehkan segmen industri sukan massa seperti pengusaha dan operator fasiliti sukan serta pusat kecergasan turut diberi kebenaran untuk beroperasi.
“Penelitian akhir sedang dibuat dan Insya Allah akan diumumkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada minggu ini.

“Saya mewakili pasukan KBS dan komuniti sukan merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pertahanan, pasukan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memberi pertimbangan sewajarnya dalam memastikan industri sukan dapat terus bernafas dan kehangatan liga tempatan dapat diteruskan,” ujarnya.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: