Antarabangsa Permotoran

Honda lanjut kontrak MotoGP hingga 2026


Honda lanjut kontrak dengan MotoGP sehingga 2026.

SEBUAH lagi pasukan utama memberi komitmen untuk terus bertanding di MotoGP.

Honda secara rasmi melanjutkan kontrak dengan Dorna Sports bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pasukan asal Jepun itu mengikuti jejak KTM dan Ducati, yang terlebih dulu menegaskan komitmennya untuk tetap mengikuti kejuaraan ini pada tahun berikutnya.

“Saya ingin menunjukkan rasa hormat dan rasa terima kasih saya kepada Carmelo Ezpeleta dan semua orang di Dorna Sports atas kerja keras mereka dalam mengatur pusingan selama pandemik COVID-19.

“Saya sangat gembira kerana kami sudah memperbarui kontrak kami untuk bersaing di MotoGP dari 2022 hingga 2026. Honda telah bersaing di Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM sejak 1959, dan memenangi grand prix ke-800 pada tahun lalu,” kata bos Honda, Noriaki Abe dalam kenyataan media.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: