Antarabangsa Bola Sepak

Gol minit akhir Calvert-Lewin sekat kemenangan United


Calvert-Lewin meraikan gol saat akhir Everton.

MANCHESTER United gagal menyamai mata dengan Man City di puncak Liga Perdana Inggeris selepas seri 3-3 bertemu Everton, awal pagi ini.

The Red Devils meledak dua gol awal pada babak pertama menerusi Edinson Cavani dan Bruno Fernandes. Namun Everton bangkit menyamakan kedudukan di babak kedua melalui gol dari Abdoulaye Doucoure dan James Rodriguez.

McTominay meletakkan United dalam misi meraih tiga mata sebelum Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol saat akhir permainan.

Keputusan ini menggagalkan hajat United untuk berkongsi mata dengan City, yang bermain kurang dua perlawanan.

Manakala, Everton terus berusaha keras mengejar kelompok empat teratas EPL.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: