Bola Sepak Semasa Terkini

Irfan akui bukan kelebihan buat Kuching City FC


MOHD FITRIE MUHAMAD

PENGENDALI Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim tidak merasakan peluang turun berlatih bukan kelebihan ketara buatnya berbanding pasukan lain di semenanjung dan juga Sabah.

Ini kerana Irfan belum berpeluang mengukur kemampuan sebenar pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berkualiti.

“Walaupun pasukan lain tidak berlatih macam kami, malangnya kami tidak dapat bermain aksi persahabatan dengan pasukan lebih kuat. Sekarang kami terus giat berlatih seperti biasa

“Masa masih panjang dan jika tiada persahabatan pun sebenarnya tidak menguntungkan,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

Ketika ini, seluruh negara kecuali Sarawak diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dijadualkan berakhir 18 Februari ini.

Joseph Kalang Tie

Irfan Bakti akan dibantu bekas ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin dan antara bintang yang akan memperkuatkan pasukan itu adalah bekas pemain kebangsaan, Joseph Kalang Tie.

Selain itu, pemain import yang akan membawa cabaran Kuching City adalah Yuta Suzuki (Jepun), Leo Alves dan Hudson Dias de Jesus (Brazil) serta bekas import Kelantan United FC, Aylton Ferreira Ananias, juga berasal dari Brazil.

Bagaimanapun, jurulatih berpengalaman itu tetap lega dengan peluang yang diperolehinya dan keadaan pemain akan terus dipantau dari semasa ke semasa.

“Sekarang saya akan terus lihat dan menilai keadaan pemain. Apa yang boleh saya katakan sekarang, keadaan fizikal mereka sudah pun mencapai 80 peratus

“Pemain juga pamer disiplin yang cukup tinggi dan mereka boleh terima dengan baik apa yang kami berikan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: