Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Bekas pemain Kashima Antlers tidak sabar beraksi


Motoyama (kanan) tiba di KLIA petang tadi dan menjalani kuarantin sebelum menyertai Kelantan United FC.

 

BEKAS pemain import kelab Kashima Antlers, Masashi Motoyama kini sudah tidak sabar memperagakan aksi bersama Kelantan United FC bagi saingan Liga Malaysia 2021.

Motoyama yang merupakan salah seorang anggota skuad Piala Asia Jepun tahun 2004 telah tiba di Kuala Lumpur petang tadi dan menjalani prosedur kuarantin selama tujuh hari (kerana keputusan ujian yang di jalankan di Jepun 3 hari sebelum ke Malaysia adalah negatif) sebelum bertolak ke Kota Bahru, Kelantan bagi bersama kelabnya.

Motoyama yang pernah beraksi untuk Kashima Antler selama 18 tahun sebelum menyertai Giravantz Kitakyushu pada musim 2016 mengakui teruja untuk bermain dengan pasukan baharunya, Kelantan United FC.

“Hello kepada semua. Saya Masashi Motoyama. Gembira bertemu anda semua. Saya akan bermain bersama Kelantan United musim ini, tidak sabar untuk menyertai pasukan ini dan bermain bersama mereka.

“Saya juga tidak sabar untuk bertemu anda semua di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda semua untuk saya” ujarnya menerusi satu kiriman video kepada media di Malaysia.

Penyertaannya bersama Kelantan United merupakan hasil kerjasama pintar pihak Yakult Malaysia dan Kelantan United FC yang di metrai sebelum ini. Ianya juga adalah sebahagian daripada perancangan pembangunan bola sepak akar umbi Kelantan United yang ingin melaksanakan pendedahan DNA Bola Sepak Jepun dalam pasukan tersebut.

Terdahulu beliau sempat bersama Duta Besar Malaysia di Jepun, Dato’ Kennedy Jawan, dalam sebuah majlis makan tengahari di Restoren Halal Rasa Malaysia di Ginza, Tokyo.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: